"Tanda Indeks NPI siri 'GM' ini dipilih dengan membawa maksud 'Gemilang Malaysia' bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam bulan kemerdekaan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, harga bidaan adalah mengikut harga minimum ditetapkan iaitu bermula RM20,000 bagi nombor bernilai utama, nombor premium (RM5,000), nombor menarik (RM2,500), nombor popular (RM500) dan nombor biasa (RM300).
"Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan," katanya.
Aedy Fadly turut berkata pembida yang berjaya juga akan ditawarkan dua keping tiket Festival Super GT Malaysia 2026, yang boleh ditebus melalui alamat e-mel [email protected].