"Pengenalan nombor pendaftaran 'FH' adalah signifikan sebagai simbolik memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta menghargai peranan dan sumbangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam pembangunan negara," katanya.
Harga bidaan ditetapkan mengikut kategori di bawah:
- Golden (nombor bernilai utama) – minima RM20,000
- Premium – RM5,000
- Menarik – RM2,500
- Popular – RM500
- Biasa (running) – RM300
Beliau turut menegaskan bahawa bidaan tertakluk kepada terma dan syarat JPJeBid, dan mana-mana nombor yang berjaya dibida mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan rasmi dikeluarkan.
Nombor siri 'FH' bukan sahaja mencerminkan status eksklusif, malah menjadi simbol penghargaan terhadap sejarah dan pembangunan Wilayah Persekutuan, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai nilai sejarah dan estetika dalam pemilikan nombor plat kereta.
Keputusan bidaan awam dijangka diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran ditutup iaitu pada 6 Februari ini.