Sempena Program 100 Hari ATK - KTMB tawar diskaun 50 peratus tiket ETS, KTM Antara Bandar

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Kosmo
Sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dan KTM Antara Bandar.


Jurucakap KTMB, Shahril Sahak berkata, bagaimanapun, diskaun tersebut terhad selama empat hari bermula khamis lalu dan hanya melibatkan pembelian untuk tiket dewasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, orang ramai perlu datang ke gerai pameran KTMB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kod diskaun berkenaan akan diberikan kepada pengunjung.

 

“Selepas diberikan kod promosi diskaun, pengunjung perlu segera membuat tempahan tiket. Ini kerana kod berkenaan hanya sah sehingga pukul 10 malam sahaja.

 

“Setiap hari kita akan beri kod promosi secara berlainan. Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih tarikh perjalanan yang mereka kehendaki sebelum 31 Disember ini,” katanya kepada Kosmo!.

 

Shahril berkata, diskaun berkenaan sah bagi kesemua laluan ETS termasuk untuk kelas ekonomi dan perniagaan, manakala untuk KTM Antarabandar ia hanya sah untuk perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran.

 

“Banyak penjimatan yang akan dinikmati pelanggan sebagai contoh, tambang ETS dari KL Sentral ke Padang Besar bagi kelas perniagaan sekitar RM180.

 

“Bagaimanapun jika menggunakan diskaun ini harganya hanya RM90 sahaja. Mana-mana individu yang berminat dengan tawaran ini, mereka masih berpeluang menikmati diskaun ini sehingga esok (hari terakhir),”ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Shahril berkata, setakat pukul 1 tengah hari tadi kira-kira 600 pelanggan telah menikmati diskaun ini.-K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless). "Pembayaran saman…