"Polis percaya sebahagian daripada kumpulan penyerang telah melarikan diri ke Malaysia mengikut laluan sungai manakala sebahagian lagi bersembunyi di kawasan berhampiran," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Isnin.
Menurutnya, kejadian berlaku pada 12.05 tengah malam, empat anggota sedang melakukan tugasan berhampiran pekan Sungai Golok cedera selepas kenderaan yang mereka naiki tiba-tiba meletup.
Katanya, siasatan awal polis juga menemukan tiga butir bom yang tidak aktif, 50 kelongsong peluru dan paku bertaburan berhampiran tempat kejadian.
Bagaimanapun, Jadsadavit berkata, setakat ini masih belum ada mana-mana kumpulan yang mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian berkenaan.