Semua lorong tambah nilai PLUS tutup mulai esok hingga 29 Oktober

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol bermula hari ini (Khamis) sehingga 29 Oktober bagi melancarkan pergerakan trafik sepanjang musim perayaan Deepavali yang akan disambut Ahad ini.


Menurut kenyataan PLUS, penutupan lorong tambah nilai adalah sama seperti mana dilaksanakan pada setiap musim perayaan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan pengguna lebuh raya beratur di lorong tambah nilai.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Pada musim perayaan ini, PLUS menjang​ka​ peningkatan jumlah trafik sebanyak 17 peratus kepada dua juta pada hari-hari puncak iaitu Jumaat hingga Sabtu (25-26 Oktober) dan Isnin (28 Oktober) berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

 


“Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pengguna yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go (TnG) mereka tidak mencukupi. Ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pengguna lain,” menurut kenyataan itu.

 


PLUS menasihati pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka dan menambah nilai kad TnG terlebih dahulu selain memastikan ia mempunyai baki yang mencukupi.

 


Menurut kenyataan itu, tiada perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar​ di plaza tol namun terdapat kira-kira 10,000 pusat menambah nilai kad TnG di seluruh negara termasuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak, kedai serbaneka dan pasar raya.

 


Penggunaan perkhidmatan e-Wallet PayDirect ketika ini masih belum boleh digunakan, justeru pengguna Lebuhraya PLUS dinasihatkan agar menambah nilai kad TnG mereka untuk kegunaan di semua transaksi tol di lebuh raya kendalian PLUS, menurut kenyataan itu. 

 

 

 

Sumber:Bernama dan Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…