Seng Cars World tawar pembelian kenderaan menerusi panggilan video (VCBC)

oleh Mohamad Hanif|
Seng Cars World Sdn Bhd, pusat penyelesaian sehenti pemilikan kenderaan melancarkan pendekatan terbaharu untuk pembelian kenderaan terpakai menggunakan platform panggilan video, atau Video Call Buy Car (VCBC).

Perkhidmatan tersebut dilancarkan secara rasmi menerusi acara yang diadakan pada Sabtu lalu, membolehkan pelanggan memilih, melihat dan seterusnya membeli kenderaan  yang diimpikan dengan hanya menggunakan peranti pintar dari rumah kediaman masing-masing.

Ia secara tidak langsung mengurangkan lagi keperluan sentuhan fizikal melihatkan kepada pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda.

 

 


Untuk menggunakan perkhidmatan ini, para pelanggan perlu membuat temu janji dengan penasihat jualan Seng Cars World terlebih dahulu sebelum melihat kereta-kereta yang ditawarkan menerusi persidangan panggilan video.

Setelah itu, penasihat jualan itu tadi akan membantu memproses tempahan kereta, dan kenderaan akan dihantar terus ke rumah pelanggan setelah proses pinjaman dan pembayaran diluluskan.

Selain daripada menyediakan sistem pemeriksaan bergred, Seng Cars World juga menawarkan jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 48 jam, serta 1 tahun waranti yang ditaja jamin oleh AmGeneral Insurance Berhad bagi memberikan ketenangan minda kepada pelanggan.

 


Serentak dengan pelancaran perkhidmatan tersebut, Seng Cars World juga turut merasmikan penjenamaan semula yang menggabungkan empat syarikat (Seng Cars World, Seng Cars Service Centre, Seng Cars Spa & Tint serta Seng Cars Warranty) di bawah Seng Cars Group.

Perkhidmatan VCBC ini menyediakan lebih daripada 500 buah kenderaan terpakai yang disasarkan untuk pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia, maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.sengcarsworld.com/scw/#/main