Sengaja rempuh majlis perkahwinan, empat maut

oleh Penyumbang Rencana|
Polis Madrid berkata empat orang terbunuh dan empat lagi cedera parah awal Ahad selepas sebuah kereta merempuh tetamu di majlis perkahwinan di Sepanyol setelah berlaku insiden pergaduhan.


Polis telah menahan tiga suspek dan sedang mencari yang suspek keempat berhubung insiden maut itu, kata jurucakap polis negara kepada AFP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Insiden pergaduhan tercetus pada waktu subuh di hadapan sebuah restoran yang menganjurkan majlis perkahwinan di Torrejon de Ardoz, kira-kira 25 kilometer (16 batu) timur laut Madrid.


Selepas pertikaian itu, sebuah kereta merempuh tetamu perkahwinan dan kemudian memecut meninggalkan lokasi berkenaan.


Carlos Polo, ketua perkhidmatan kecemasan Madrid berkata, "Apabila kami tiba di tempat kejadian, kami mendapati empat orang telah meninggal dunia akibat keretakan di beberapa bahagian anggota badan". 


Empat lagi yang cedera telah dipindahkan ke hospital untuk rawatan, katanya lagi.


Pihak polis berkata, kenderaan yang disyaki melakukan rempuhan itu telah dikesan 50 kilometer dari tempat kejadian dan tiga penumpangnya ditahan.


Pihak media tempatan telah mengenal pasti ketiga-tiga mereka sebagai bapa dan dua anaknya.


Polis berkata mereka sedang mencari suspek keempat yang didakwa terlibat.

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan di Madrid akan dijalankan di litar baharu sejauh 5.47km di sekitar pusat pameran Ifema…
Telah Diuji
  Akhirnya tirai dibuka untuk model paling dinanti-nantikan oleh semua fanatik kereta. Supra…
Berita Global
Peraturan baharu itu juga dijangka mampu mengurangkan pencemaran bunyi yang terhasil, dan…