Senheng, Huawei, Apulsar bekerjasama percepat peralihan EV

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Senheng Electric (KL) Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan APulsar Technologies Sdn Bhd untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan memanfaatkan pengecas EV termaju Huawei.

Presiden Senheng, Lim Kim Chieng berkata kerjasama itu akan mewujudkan penanda aras baharu bagi perjalanan Malaysia ke arah penggunaan tenaga bersih dan menunjukkan usaha kolektif merentas pelbagai sektor untuk mencapai neutraliti karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, penawaran pengecas EV ini bukan sahaja mengenai menjual produk tetapi menggalakkan peralihan gaya hidup ke arah kelestarian.

"Inisiatif ini seiring dengan visi kami untuk masa depan yang lebih hijau (mesra alam sekitar) untuk Malaysia dan menunjukkan komitmen Senheng terhadap matlamat alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan.

ementara itu, Naib Presiden Perniagaan Kuasa Digital Huawei Malaysia, Chong Chern Peng berkata Huawei komited terhadap neutraliti karbon melalui kerjasama.

"Dengan memasukkan penyelesaian pengecasan EV kami ke dalam tawaran Senheng, pelanggan akan mendapat akses yang lebih banyak kepada teknologi ini," katanya.

Pengarah Urusan APulsar Technologies, Justin Kao pula berkata kerjasama itu akan memperkasakan pemilik EV akses kepada penyelesaian pengecasan yang boleh dipercayai di seluruh negara.

Pengecas EV Huawei telah dilancarkan di cawangan Senheng di Setia Alam, Selangor pada 22 Mac lepas dan kini boleh didapati di semua cawangan Senheng dan senQ di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

 

Bernama