Seong Hoe Premium Motors rasmi buka Fasiliti Pengecasan MINI di Melaka

oleh Mohamad Hanif|
Seong Hoe Premium Motors selaku pengedar tertua kenderaan BMW di Melaka dengan kerjasama ChargeSini telah merasmikan Fasiliti Pengecasan MINI yang terletak di Kota Syahbandar, dua kilometer dari perkarangan Jonker Street.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terletak di ruang masuk utama Bank of China Taman Kota Syahbandar, fasiliti itu dilengkapi dengan empat lot parkir yang dipasangkan dua unit pengecas DC Stellar40 berkapasiti 40 kW, serta dua unit pengecas AC Nexus 22 kW yang dikuasakan oleh ChargeSini.
 

BMW


Kadar penggunaan bagi unit pengecas DC ialah RM1.20/kWh atau RM0.80/minit, manakala kadar bagi pengecas AC bermula dari RM0.07/minit (3.7 kW) hingga RM0.40/minit (22 kW).

Fasiliti Pengecasan MINI yang disediakan oleh Seong Hoe Premium Motors merupakan sebahagian daripada 1,000 fasiliti pengecasan di bawah rangkauan BMW Group Malaysia setakat ini.
 

MINI


Dalam usaha untuk meluaskan lagi akses kepada fasiliti pengecasan, BMW telah menjalankan usaha sama dengan beberapa pihak termasuklah ChargEV, Yinson Greentech, JomCharge, Gentari, Shell Recharge, ChargeN'Go, Go To-U dan FlexiParking.

Menurut Pengurus Besar Seong Hoe Premium Motors, Loy Suan Chiow berkata, "kami sedang melihat bukan sahaja permintaan ke atas EV yang sedang meningkat di kalangan pelanggan setia kami di Melaka, tapi juga ke atas infrastruktur ekosistem EV terutama dalam kalangan pelancong.

"Bersama-sama BMW Group Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk menyokong pertumbuhan pasaran mobiliti berelektrik di Malaysia.