Seorang lelaki ditahan berkaitan kes kebakaran 13 motosikal, 4 skuter elektrik depan KLCC

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang lelaki berusia 34 tahun telah ditahan berhubung kes kebakaran yang menyebabkan kemusnahan 13 buah motosikal dan 4 buah skuter elektrik dalam kejadian petang semalam berhampiran KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek ditahan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian dan akan direman sehingga 19 April.

“Kita turut merampas pelbagai barangan termasuk motosikal, topi keledar, beberapa helai pakaian, sepasang sarung tangan dan pemetik api.

“Kami menyiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, kami menerima 10 laporan polis berhubung kejadian itu. Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran,”

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur turut berkata, dalam kejadian 3.45 petang itu, seramai 15 anggota bomba bersama tiga jentera dari balai bomba Tun Razak dan Keramat bergegas ke lokasi kejadian.

Dalam satu kenyataan, jurucakap bomba berkata, “Sebaik tiba, kami mendapati sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya, manakala empat lagi motosikal terbakar antara tiga hingga 20%,”

Menurut jurucakap itu, api berjaya dikawal pada jam 4.04 petang dan tiada kemalangan jiwa berlaku, punca kebakaran dan jumlah kerugian yang terlibat masih dalam siasatan.

Baca: 13 motosikal, 4 skuter elektrik terbakar depan KLCC

 

Sumber: The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis…
Berita Global
Menurut laporan dari Reuters, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) sudah…
Berita Global
Lebih 2,000 komponen motosikal elektrik turut musnah dalam kebakaran itu, kata media kerajaan.…