Serangan loji minyak Arab Saudi - harga minyak UK naik sebanyak RM2.52 per liter

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan serangan terhadap loji minyak milik Arab Saudi, pihak Automotive Association (AA UK) memberikan amaran bahawa para pengguna di sana berkemungkinan besar akan menghadapi kenaikan harga bahan api sebanyak 5p (RM2.52 per liter).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika ditambah kepada nilai cukai VAT sebanyak 20 peratus, kenaikan 5p itu dilihat mampu menjadikan harga bahan api dari 127.7p (RM6.70) kepada 132.7p (RM6.93) per liter, paling tinggi pernah dicapai semenjak Oktober 2013.

Pihak AA turut membuat perbandingan antara serangan yang berlaku baru-baru ini kepada impak yang terjadi selepas Taufan Katrina melanda Gulf of Mexico pada tahun 2005, yang turut sama menaikkan harga petrol sebanyak 5p per liter sebelum ia turun. 

Namun, bagi para pengguna yang membuat pengisian di pasaraya besar sepatutnya dilindungi daripada kenaikan harga yang melampau berbanding penjual petrol bebas, menurut wakil AA Luke Bodset. 

Di UK, harga jualan petrol adalah berbeza dan disesetengah tempat, anda boleh mendapatkan harga petrol yang lebih murah di stesen minyak yang dikendalikan oleh pasaraya berbanding harga jualan purata. 
 

salah sebuah stesen minyak yang dimiliki oleh Tesco

Minggu lalu, pasaraya besar seperti Asda, Sainsburys dan Tesco melancarkan perang harga bahan api selepas mengurangkan kos sebanyak 3p per liter. 

Menurut Bodset lagi, "penjual petrol (selain daripada pasaraya besar) akan menerima impak (kenaikan kos), dan kami faham sekiranya harga jualan akhir akan naik kesan daripada insiden yang berlaku. 

"Namun, untuk pasaraya besar, mereka mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk menaikkan harga, disebabkan kebanyakan mereka mempunyai kontrak jangka panjang.

Sumber: Telegraph UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan…
Berita Global
Elon juga dilaporkan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel di California semalam. Taikun…