Serbuan barang tiruan Givi berhasil

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu serbuan oleh pasukan penguatkuasa Unit Taktikal dan Serbuan di bawah Seksyen Siasatan dan Serbuan, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) berjaya merampas barang-barang tiruan yang menggunakan jenama Givi.

Menurut hantaran di laman Facebook Nforceteam KPDN, serbuan dilakukan di sebuah premis di Puchong dan ia adalah hasil risikan pengadu itu sendiri selama tiga bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 4,046 helai baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan jenama Givi disita dan nilai anggaran untuk kesemua bahan rampasan itu adalah ratusan ribu ringgit

Selain dari itu, peralatan dan dokumen berkaitan turut disita untuk membantu siasatan.

 

Hantaran Facebook itu lagi menerangkan modus operandi ialah produk-produk tiruan itu dibungkus dan dijual hanya kepada pembeli yang membuat transaksi secara atas talian sahaja, seperti dari Shopee, Lazada dan Tik Tok.

Produk-produk tiruan itu kemudian dihantar ke pembeli menggunakan perkhidmatan kiriman cepat. 

 

 

Sindiket itu tidak melakukan jualan secara terus (walk-in) dan hasil pemeriksaan, ia sudah beroperasi semenjak 15 Mac, 2022.

Pasukan penguatkuasa itu juga menahan dua warga tempatan di lokasi kejadian dan dipercayai ialah pekerja sindiket itu.

Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.