Seret motosikal dengan kereta, pemandu berusia 53 tahun ditahan!

oleh SALINA JALIL|
Lewat malam tadi sehingga tengahari hari ini, tular video tentang sebuah kereta Proton Preve yang menyeret sebuah motosikal. Namun tiada info lengkap tentang kejadian tersebut. Persoalan dari warga perihatin rata-rata mempersoalkan kenapa pemandu kereta tersebut enggan menghentikan pemanduan beliau.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata,pemandu kereta tersebut telah ditahan di Georgetown bagi membantu siasatan berkaitan kes merempuh dan menyeret motosikal yang diparkir di tepi jalan.


Pemandu berkenaan dikatakan merempuh motosikal di Jalan Gudwara dan menyeretnya sejauh kira-kira 1.2 kilometer sehingga ke persimpangan lampu isyarat Sungai Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau turut berkata, siasatan awal mendapati pemandu berkenaan merempuh motosikal berkenaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Nasi Kandar Senin di Jalan Gudwara.


"Polis sudah menahan pemandu itu dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk diambil sampel darah untuk ujian alkohol.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian masih lagi diteruskan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 APJ 1987," katanya ketika dihubungi.

 

Sebelum ini tular satu video di laman sosial apabila seorang pemandu kereta jenis Proton Preve dilihat meneruskan pemanduannya walaupun terdapat motosikal yang tersepit di bahagian depan.



Kejadian berkenaan dikatakan berlaku malam tadi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.



Video berdurasi 3 minit itu memaparkan pemandu kereta berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya walaupun beberapa pengguna jalan raya lain mengarahkan dia berhenti kerana memandu dalam keadaan berbahaya menyebabkan percikan api berlaku di bahagian bawah keretanya.


Selepas dikejar hampir dua kilometer oleh beberapa penunggang motosikal akhirnya pemandu kereta berusia 53 tahun itu memberhentikan kenderaannya.

 

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kenderaan yang dipandu adalah pacuan empat roda jenis Mitsubishi itu terus dipandu sambil…