Serlahkan imej kacak anda dengan Lexus LC500 Convertible!

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara Los Angeles Auto Show, Lexus mengambil kesempatan dengan melancarkan secara rasmi model tanpa bumbung Lexus LC 500 Convertible, di mana ia tampil dengan bumbung fabrik boleh lipat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan ketiadaan bumbung, para jurutera Lexus telah mengukuhkan lagi ketegaran casis termasuklah menala kembali sistem suspensi bagi mengurangkan berat yang tidak sepatutnya, dan membentuk serta mengubah kembali lokasi pendakap pada sistem gantungan. 

 


Bagi melindungi para penumpang daripada sinaran mentari yang panas terik, Lexus menggunakan bumbung fabrik empat lapis yang boleh dioperasikan dalam tempoh 16 saat dengan kelajuan dihadkan kepada 50 km/j. 

Lexus juga turut menala sistem HVAC (Heating, Ventilation, and Air Conditioning) supaya mampu menetapkan kembali suhu ketika bumbung ini dibuka atau ditutup, manakala untuk keselesaan pemandu dan penumpang, setiap tempat duduk disertakan dengan pemanas leher (!).

 


Lexus LC 500 Convertible masih kekal dengan penawaran enjin bentangan V8 yang menghasilkan 471 kuasa kuda dan 540 Nm yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik 10 kelajuan. 

Mengambil inspirasi daripada sistem bunyi yang terdapat pada Lexus LFA, para jurutera turut melengkapkan dengan sebuah paip khas bagi menyalurkan tenaga bunyi ke dalam kabin supaya ia boleh dinikmati oleh pemandu dan penumpang, dan bukannya bunyi enjin palsu yang terhasil menerusi pembesar suara. 

 


Lexus LC 500 Convertible akan mula dijual pada tahun hadapan. 

Sementara itu, anda boleh nikmati reviu Lexus LC500 oleh Hezeri Samsuri pada video di bawah ini.