Serpihan dan sejadah kru Nanggala 402 dijumpai - bukti badan kapal selam sudah retak

oleh HEZERI SAMSURI|
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan pertukaran status KRI Nanggala 402 dari fasa "sub-missed" kepada fasa "sub-sink" atau tenggelam berikutan penemuan bukti-bukti seperti serpihan komponen, barang-barang dan tumpahan minyak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadi turut berkata tempoh bekalan oksigen untuk kapal selam malang itu berakhir pagi tadi.

Ketua staf TNI Angkatan Laut, Laksamana Yudo Margono berkata serpihan-serpihan yang ditemui ialah bukti kukuh perubahan fasa Nanggala 402 dari kapal selam kepada kapal selam karam.

Nanggala 402 yang berusia 44 tahun itu mampu beroperasi pada kedalaman laut 200 m ke 250 m maksimum tetapi ia dikesan pada kedalaman antara 600 ke 650 meter sebelum hilang.

Ia juga sarat dengan penumpang - 53 orang ketika hilang sedangkan kapasiti maksimum untuknya cuma 40 anak kapal sahaja. 

 

 

Antara item yang dijumpai terapung ialah:

  • Pelaras tabung torpedo
  • Paip pendingin hawa
  • Botol berwarna jingga yang digunakan untuk proses naik turun kapal selam
  • Alas yang digunakan oleh ABK (Anak Buah Kapal)
  • Span-span
  • Sejadah milik anak kapal

Yudo berkata barangan ini tidak dimiliki oleh orang awam dan tiada kapal yang melintas dalam kawasan sekitar 10 batu nautika dari lokasi serpihan ditemui.

Bekas kru Nanggala 402 dan juga pembuat kapal selam itu turut bersetuju itu adalah komponen dari kapal tersebut.

KRI Nanggala 402 hilang semasa latihan menembak torpedo hari Rabu lalu, jam 3.00 petang di utara kepulauan Bali.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  “Dengan dukacitanya dimaklumkan semua anak kapal KRI Nanggala-402 sudah terkorban selepas kapal…
Berita Global
Malaysia sudah menghantar kapal penyelamat kapal selamnya, MV Mega Bakti untuk membantu usaha…
Berita Global
  "Kita hanya mempunyai masa sehingga 3 pagi Sabtu, jadi kita memaksimumkan semua usaha (pencarian…