Serpihan penggalak roket terhempas - China tidak kongsi maklumat lebih awal!

oleh SALINA JALIL|
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendakwa China tidak berkongsi maklumat berhubung serpihan roket milik negara itu yang terhempas ke bumi di Lautan Hindi.


Menurut NASA, Beijing tidak menyalurkan `maklumat mengenai trajektori khusus’ yang diperlukan untuk mengetahui lokasi kemungkinan serpihan itu bakal jatuh.

Angkatan Angkasa Amerika Syarikat memaklumkan roket Long March 5B memasuki semula Lautan Hindi kira-kira pukul 12.45 tengah hari (waktu tempatan Washington).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Agensi itu  menuding jari kepada China apabila ditanya soalan berhubung aspek teknikal seperti lokasi bagi mengesan kemungkinan serpihan roket itu bertebaran. 

 

Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata, semua negara peneroka angkasa perlu mematuhi amalan terbaik yang ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk berkongsi maklumat tersebut lebih awal.

 

“Langkah itu bagi membolehkan ramalan yang boleh dipercayai dibuat mengenai potensi risiko impak serpihan tersebut. 

 

“Malah, langkah itu penting bagi memastikan penggunaan ruang udara yang bertanggungjawab dan keselamatan penduduk di bumi tidak diabaikan,” katanya.

 

Terdahulu, ramai pengguna media sosial di Malaysia memuat naik video kejadian yang kelihatan seperti serpihan roket jatuh.

 

Aerospace Corporation, pusat penyelidikan dibiayai kerajaan yang berpangkalan berhampiran Los Angeles, menyifatkan tindakan membenarkan keseluruhan bahagian teras utama roket itu untuk kembali ke bumi tanpa kawalan adalah suatu perbuatan melulu.       

 

Baru-baru ini, beberapa penganalisis berkata, bahagian badan roket itu akan hancur ketika ia menjunam melalui atmosfera, namun saiznya yang cukup besar mampu menyelamatkan banyak serpihan sehingga menimpa kawasan sepanjang kira-kira 2,000 kilometer dan selebar 70km.   

 

Minggu lalu, China berkata, pihaknya akan menjejaki serpihan itu dengan teliti, namun turut memaklumkan wujudnya risiko kepada sesiapa sahaja berada di permukaan bumi. 

 

Roket Long March 5B dilancarkan pada 24 Julai lalu bagi menghantar modul makmal ke stesen angkasa lepas China yang baharu dalam pembinaan di orbit, sekali gus menyaksikan penerbangan ketiga roket paling berkuasa China sejak pelancaran sulungnya pada 2020.

 

Serpihan sebuah lagi roket Long March 5B yang mendarat di Ivory Coast pada 2020, menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan di negara Afrika Barat, namun tiada kecederaan dilaporkan.

 

Sementara itu, Nelson memaklumkan AS dan kebanyakan negara peneroka angkasa lepas yang lain kebiasaannya memperuntukkan banyak perbelanjaan untuk mereka bentuk roket bagi mengelakkan kemasukan semula yang besar serta tanpa kawalan.

 

Ia selepas kejadian sebahagian serpihan besar stesen angkasa NASA Skylab jatuh dari orbit pada tahun 1979 dan terhempas di Australia.

 

 

 

– REUTERS  

Berita Berkenaan

Informasi
  Saintis-saintis  juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia…
Berita Global
  Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin, berkata kebarangkalian menyebabkan bahaya kepada…