Sertai cabaran kelayakan untuk peluang mewakili KTM Malaysia dalam Rimba Raid 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
KTM Malaysia mengumumkan KTM Road To Rimba Raid Asia 2023, acara perlumbaan kelayakan yang akan memilih penunggang terbaik dan paling berani untuk mewakili Team Orange di Rimba Raid 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan kelayakan tersebut akan berlangsung pada hari Ahad, 25 Jun bertempat di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Perlumbaan tersebut akan mencabar peserta untuk menempuhi pelbagai bentuk rupa bumi dan halangan dalam format time attack, dimana ia terbuka kepada semua pemilik motosikal adventure (Enjin 2 silinder, 500cc dan ke atas) dari Malaysia dan Singapura.

Tiga pemenang akan dipilih, terdiri dari dua orang Malaysia dan satu orang Singapura, dimana mereka akan menerima tajaan penuh termasuk yuran perlumbaan, penginapan dan motosikal KTM 790 Adventure R untuk perlumbaan tersebut.

 

2

 

KTM Malaysia juga akan menyediakan sokongan teknikal sepanjang Rimba Raid Asia 2023 berlangsung.

Rimba Raid Asia 2023 akan berlangsung pada 31 Ogos hingga 3 September 2023 bertempat di Pahang, dimana ia bakal menampilkan lebih 300 penunggang untuk berentap dalam kategori berbeza sepanjang empat hari pertandingan.

Untuk penunggang yang ingin mencuba untuk mewakili pasukan KTM Malaysia, layari laman web KTM Rimba Raid Asia 2023 untuk sebarang maklumat lanjut.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Difahamkan, ketiga-tiga model ini boleh didapati bermula September 2022. KTM RC 200 Model yang…
Pelancaran Motosikal
Secara standard, KTM Duke 250 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal DOHC 249 cc yang mampu…
Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, KTM 1290 Super Adventure S ini didatangkan dengan enjin LC8 V-Twin yang berupaya…