Service Fast Lane kedua untuk pemilik BMW & MINI dibuka di ibu kota

oleh Mohamad Hanif|
Auto Bavaria baru-baru ini melancarkan pembukaan rasmi fasiliti Auto Bavaria CSL yang bakal menawarkan perkhidmatan pantas untuk para pemilik BMW dan MINI di ibu kota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan BMW & MINI Service Fast Lane yang ditawarkan itu akan memfokuskan kepada servis dan pembaikan pantas yang menekankan aspek penyelenggaraan kenderaan berkala, pembaikan komponen haus dan lusuh, penukaran tayar, pembaikan kosmetik dan banyak lagi.

Fasiliti sebesar 39,800 kaki persegi ini menampilkan 23 orang tenaga pekerja, serta menyediakan kemudahan lain seperti ruang rehat, Isetta Bar, dua ruang RATC (reception at the vehicle), serta stesen pengecasan AC.

Auto Bavaria CSL ini terletak di PT 129, Jalan Enam, Off, Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, dan beroperasi enam hari seminggu kecuali cuti umum, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala operasi hari Sabtu pula bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Informasi lanjut serta tempahan slot Service Fast Lane boleh dibuat menerusi laman web https://bmw-autobavaria.com/