Sesak dengan penghantar makanan, pejabat Grab di Singapura diarah tutup

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu pejabat Grab di Singapura diarahkan ditutup buat sementara waktu (8 April) setelah sebilangan besar pemandu dan penghantar makanan berkumpul untuk mengutip barangan pengedaran makanan pada hari kedua pemutus litar diumumkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa foto dan video yang tular di media sosial tempoh hari memaparkan kesesakan yang berlaku di Midview City, Sin Ming Lane.

Disebabkan insiden itu, Grab dalam satu kenyataan mengumumkan penutupan sementara pejabatnya (Grab Driver Centre) demi keselamatan serta mematuhi perintah penjarakan sosial.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan mengumumkan pemandu teksi dan pemandu aplikasi seru-pandu kini dibenarkan untuk melakukan penghantaran makanan dan barangan runcit melihatkan kepada penurunan permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Untuk Februari sahaja, Grab mencatatkan peningkatan permintaan penghantaran makanan sehingga 20 peratus disebabkan COVID-19.

Dalam satu balasan kepada soalan media, wakil Grab berkata, "ramai pemohon yang hadir di Grab Driver Centre di Sin Ming untuk mengambil barangan pengedaran GrabFood, dan sebilangan besar daripada mereka dinasihatkan supaya pulang semula untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

Tambah beliau lagi, pihak yang masih belum mengambil barangan GrabFood akan dihubungi dalam masa terdekat untuk slot pengambilan bagi memastikan proses pengagihan yang lebih lancar.


Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…