Sesat ikut Waze, rupanya terjumpa sekatan JPJ

oleh Penyumbang Rencana 2|
Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan di Plaza Tol Sungai Besi kerana didapati menunggang motosikal tanpa lesen memandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang ke rumah menaiki motosikal abangnya yang digunakan tanpa pengetahuan. 

“Ini kali kedua saya dari rumah di Semenyih pergi ke Taman Medan untuk ke rumah kawan di sana.

“Saya tersesat sebab gunakan ‘waze’ kalau tidak sebelum ini gunakan jalan pintas yang juga lebuh raya untuk pulang ke rumah saya,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam kes yang berbeza, seorang pemandu Perodua Alza berusia 47 tahun turut ditahan kerana tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh 5 tahun lalu.

Alasan yang diberikan, dia sememangnya tidak mahu perbaharui lesen berkenaan kerana jarang memandu dan hanya menggunakan kereta isteri untuk keluar jika perlu.

Ekoran itu, anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan dua notis saman terhadap lelaki berkenaan atas kesalahan dilakukan.

Kedua-dua pemandu antara yang ditahan dalam Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu JPJ di Plaza Tol Sungai Besi, dekat sini, malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, seramai 98 anggota terdiri daripada JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Lebuh Raya Utara -Selatan terbabit dalam operasi itu yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

“Dalam operasi itu, sebanyak 2,282 kenderaan pelbagai jenis termasuk bas, van, kereta dan motosikal diperiksa dengan 152 kenderaan diambil tindakan termasuk empat kenderaan disita.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 297 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh yang merekodkan antara kesalahan tertinggi selain kesalahan tiada lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dalam Operasi Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, malam tadi.

Zailani berkata, tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan utama yang kerap dilakukan pengguna jalan raya bagi semua jenis kenderaan.

Jelas beliau, kebanyakan alasan yang diterima dari pemandu kenderaan melakukan kesalahan itu adalah sama iaitu tidak sedar, atau tidak sempat untuk memperbaharui cukai jalan tamat tempoh.

“Kebanyakan kes juga mendapati ada di antara pengguna jalan raya yang cukai jalan tamat tempoh didapati tidak mempunyai insurans kenderaan.

“Ini sekali gus akan menyusahkan ramai pihak sekiranya berlaku kemalangan terhadap kenderaan itu, oleh itu kita perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan berkenaan,” katanya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu, kereta Honda HR-V yang mempunyai kamera pada bahagian atas…
Berita Domestik
  Katanya, ketika kejadian pemandu yang menetap di Banting sedang menuju ke rumah anak saudaranya…