Sesi pemanduan bersama Karamjit Singh, James Veerapen; Iriz R5 buat kemunculan pertama di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Peminat sukan permotoran sudah tentu mengenali nama-nama ikonik seperti Karamjit Singh dan James Veerapen.

Ada berita baik untuk anda, kerana pada Malaysia Autoshow bermula 26 sehingga 29 April 2018, pengunjung bertuah akan berpeluang untuk menyertai sesi joyride yang diadakan bersama kedua-dua pemandu tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Karamjit Singh merupakan juara tiga kali berturut-turut bagi Kejohanan Ralli Asia Pasifik dan mendapat gelaran juara bagi Kejohanan Ralli Dunia bagi Kereta Produksi 2002 (PWRC). 

James Veerapen pula memenangi pelbagai perlumbaan termasuklah perlumbaan 1000 km Sepang 2017. 

Kehadiran pemandu-pemandu tersebut merupakan sebahagian daripada pengalaman yang ditawarkan oleh Proton ketika Malaysia Autoshow 2018 pada minggu ini. 

Sesi joyride ini terbuka kepada pelanggan Proton yang telah menempah kenderaan baharu atau membeli alat ganti tulen Proton di booth Proton ketika Malaysia Autoshow sepanjang minggu ini. 
 


Proton juga akan turut membuat kemunculan pertama Iriz R5, jentera yang dibangunkan untuk kejohanan ralli dunia 2 (WRC2) serta jentera Iriz R3 yang dibina oleh Proton sendiri bagi menunjukkan keupayaan sebenar kereta sebagai asas kepada pelbagai jenis perlumbaan 

"Dengan joyride yang disediakan, kami berharap agar dapat memberikan pengalaman kepada semua pengunjung sesuai dengan tema keseluruhan iaitu 360 Mobility Experience," ujar Naib Presiden Pemasan dan Jualan Proton, Abdul Rashid Musa. 

"Malaysia Autoshow terus menjadi tumpuan, dan kami di Proton akan terus mempamerkan jenama dan produk kami bersama rakan kongsi yang baharu, Geely," tambah beliau. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Engear, divisyen R3 dikatakan akan menawarkan semula produk-…
Berita Domestik
Menggelarkan motosikal itu sebaagai DuaKati, ia menggunakan unit pengecas turbo dari Daihatsu Mira…
Sukan Bermotor
Dengan kemenangan untuk tiga kali berturut-turut serta yang kelima secara keseluruhan perlumbaan…