Set pemadam dengan 10 rekaan benang tayar Advan sempena ulang tahun ke-40 Advan

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah satu cara untuk meraikan ulang tahun yang ke-40 tayar jenama Advan, Yokohama Rubber Company Ltd telah menghasilkan set pemadam yang dibentuk menggunakan corak benang tayar paling popular daripada jenama tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setiap set terdiri daripada lima buah pemadam dengan sepuluh rekaan benang tayar yang berbeza daripada 10 jenis tayar yang merangkumi: 

  • Advan HF A-001/Advan HF TypeD
  • GR17 T-U/Advan A052
  • Advan Globa/Advan Neova AD05
  • Advan Neova AD08R/Advan A050
  • Advan Sport V105/Advan Fleva V701


Yokohama juga turut menyediakan bingkai pameran yang membolehkan para pemilik menayangkan lima set rekaan yang berbeza mengikut mood masing-masing. 

Setiap set pemadam Advan ini dijual pada harga ¥2,500 (RM92.43++) dan ia dihasilkan dalam unit yang terhad, iaitu sebanyak 650 unit sahaja. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…
Berita Global
Terbaharu, Mercedes-Benz Jepun membuka secara rasmi sebuah pusat pengedar pada 6 Disember yang…
Berita Domestik
Untuk yang tinggal di Lembah Kelang, jangan risau kerana Careta ada satu cadangan untuk kedai tayar…