Set permainan Monopoly bertemakan Litar Nurburgring - harga dari RM208.47

oleh Mohamad Hanif|
Zaman ketiadaan sumber internet atau sambungan internet yang terlalu terhad merupakan zaman di mana kita meneroka pelbagai jenis permainan - sama ada tradisional, ataupun permainan moden berpapan seperti Monopoly, Jutaria (Monopoly versi Malaysia), Saidina, dam aji dan lain-lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sudah tentu ramai di antara kita yang pernah berpengalaman menguasai permainan yang disebutkan, dan terlalu banyak versi yang telah diterbitkan demi menarik perhatian umum. 

Monopoly, sebagaimana yang kita semua maklum turut mempunyai permainan edisi terhad dan bertemakan filem seperti Star Wars dan sebagainya. 

Untuk kita kaki kereta, Monopoly baru-baru ini memperkenalkan permainan papan baharu yang digelar sebagai Monopoly Nurburgring. Ya, permainan Monopoly yang dibangunkan berdasarkan Litar Neraka Hijau di Jerman!

Sebagai makluman, ia merupakan versi kedua yang dijual oleh Monopoly di mana para pemain berpeluang untuk memiliki (baca: rebut) slot-slot selekoh, seksyen, grandstand dan juga stadium!
 


Boleh dimainkan sehingga lapan orang di mana setiap satu diwakili oleh token bertemakan sukan permotoran seperti jentera F1, trofi, tayar, impact drill, dan juga helmet. 

Seperti biasa, ia juga hadir dengan kad pemilikan sebanyak 28  unit, kad komuniti (16 unit), kad acara (16 unit) serta set wang untuk dibahagikan pada awal permainan. 

Walaupun ia bertemakan sebuah litar, undang-undang serta peraturan permainan masih sama dimana terdapat 'penjara', slot parkir percuma, petak polis dan petak permulaan. 

Harga jualan set berbahasa Jerman ini (ya, bahasa Jerman) boleh dibeli dengan harga $50 (RM208.47) di Litar Nurburgring.