Setel kini tawar bantuan kecemasan - 'jump start', tukar bateri & tayar dan tunda kereta

oleh Penyumbang Rencana 2|
Aplikasi Setel memperkenalkan ciri terbaharu yang menawarkan perkhidmatan kecemasan mengikut permintaan yang boleh diakses pada bila-bila masa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan mengisi minyak kecemasan, kunci kenderaan dan perkhidmatan tunda. Pengguna boleh memohon pekhidmatan tersebut menerusi aplikasi Setel serta disokong oleh Bateriku.com sebagai rakan kongsinya yang pertama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan, kolaborasi bersama Bateriku.com ini mempercepatkan lagi bantuan yang diperlukan apabila pengguna Setel yang terkandas bersama kenderaan dan ia dapat mengurangkan kadar tekanan yang timbul apabila perkara ini terjadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari pula berkata, “Kami berbesar hati menawarkan bantuan kecemasan ini di seluruh negara kepada pengguna Setel dan komited dalam memberikan pengalaman yang hebat setiap masa kepada pelanggan”.

Dengan setiap transaksi melalui ciri terbaharu Setel ini, pengguna juga secara automatik akan mendapat mata Mersa yang boleh ditebus dengan pengisian minyak dan banyak lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri terbaharu ini, layari laman sesawang https://www.setel.com/features/auto-assistance.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama antara Setel dan Maybank itu bakat memberi pengalaman yang lancar, mudah dan bermanfaat…
Berita Domestik
Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi…
Informasi
Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang…