Setel Share - solusi perkongsian e-dompet pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Aplikasi mudah alih bagi pembelian petrol kini menawarkan solusi terbaharu perkongsian e-dompet Setel Share yang pertama di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi ciri ini, pengguna boleh membuat jemputan kepada ahli keluarga atau rakan-rakan untuk berkongsi e-dompet yang sama untuk membuat pembelian bahan api, tidak perlu berkongsi satu kad Mesra fizikal seperti sebelum ini.
 

Setel Share


Selain itu, pemilik juga boleh menjejak dan memantau sebarang transakski yang dibuat oleh ahli kumpulan Setel Share, selain boleh digunakan untuk menebus lebih banyak ganjaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, "kami menunjau ribuan pengguna Setel dan 71 peratus daripadanya membuat bayaran petrol bagi pihak keluarga dan rakan-rakan.

"Menerusi Setel Share, kami ingin membantu pengguna mendapatkan pengalaman pengisian petrol yang lebih selamat dengan mengurangkan sentuhan demi keselamatan insan yang tersayang.

Pengguna Setel Share boleh menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati kemudahan ini, serta meraih ganjaran tambahan menerusi cabaran 'Refer-A-Friend Challenge'.
 

Setel Share


Bermula hari ini sehingga 31 Disember 2021, Setel mengajak pengguna untuk mendapatkan lencana istimewa untuk meraih lebih banyak ganjaran, serta kredit bonus sehingga RM50,000 untuk setiap rujukan yang berjaya dibuat.

Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma di Apple AppStore, Google Play Store dan Huawei AppGallery, dan Setel menjamin setiap transaksi yang dibuat adalah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.