Ia merupakan kerjasama terkini antara Setel dan Siti Khadijah, selepas pelancaran perkhidmatan Setel Pay di 31 cawangan Siti Khadijah di seluruh negara, serta menggunakan perkhidmatan Setel Express sebagai rakan penghantar.

Pengguna Setel boleh mengambil bahagian dengan menggunakan Setel Pay di mana-mana cawangan Siti Khadijah, dan sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada inisiatif derma bermula 3 April hingga 31 Mei 2022.
Setel Pay merupakan cara pembayaran tanpa sentuhan menggunakan aplikasi Setel, yang turut menawarkan mata ganjaran Mesra.
Manakala Setel Express pula menawarkan khidmat penghantaran yang lebih lancar serta mampu milik untuk para pemilik perniagaan, sekaligus memaksimumkan potensi perniagaan khususnya dalam tempoh pemulihan ekonomi negara.