Setelah sedekad, Pecco jadi penunggang pertama guna nombor 1 dalam MotoGp

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Kejayaan Pecco atau Francesco Bagnaia dengan menjadi juara dunia dalam kelas perdana perlumbaan MotoGP pada tahun 2022 telah mencipta sejarah baharu buat Ducati.

Pecco sekali lagi telah mencipta sejarah baharunya yang tersendiri setelah menjadi penunggang pertama selepas 10 tahun untuk menggunakan nombor 1 dalam kelas perdana perlumbaan MotoGP.

Penunggang berusia 26 tahun itu menjadi yang pertama menggunakan nombor 1 selepas 10 tahun semenjak kali terakhir digunakan oleh Casey Stoner pada 2012, dan merupakan penunggang nombor 4 menggunakannya dalam sejarah MotoGP.

 

CS27

 

Setelah juara pada tahun 2020 dan 2021, iaitu Joan Mir dan Fabio Quartararo memilih untuk mengekalkan nombor mereka sendiri,terdapat persoalan sama ada Pecco akan menggunakan nombor 1 sebagai juara pada 2022.

Persoalan itu terjawab semasa pelancaran pasukan kilang Ducati tersebut di Itali, Pecco berkata, "Saya memutuskan untuk mempunyai kedua-duanya dengan nombor 63 masih diletak pada topi keledar saya, tetapi sudah lama sejak kali terakhir kami melihat nombor 1 dalam MotoGP."

"Saya sentiasa mengagumi orang berlumba dengan nombor 1. Saya sentiasa menyukainya. Menghormati hakikat bahawa anda merupakan Juara Dunia adalah betul. Nombor 1 mewakili siapa anda, ia mewakili identiti anda sebagai Juara Dunia."

 

FB63

 

"Jadi adalah penting bagi saya untuk memberi penghormatan kepada Juara Dunia yang lain. 63 akan sentiasa menjadi nombor saya, saya akan sentiasa mempunyai nombor ini pada motorsikal saya, tetapi mudah-mudahan bersama-sama dengan nombor 1."

 

Sumber: MotoGP

 

Berita Berkenaan

MotorGP
  Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai…
Berita Domestik
“Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai…
Berita Global
Percubaan percuma itu boleh dinikmati oleh pelanggan apabila mereka mendaftar pada 22 Mac hingga 4…