Setiap model Nissan di pasaran utama akan hadir dengan trenkuasa elektrik menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Motor Co dalam satu kenyataan yang dibuat pertengahan minggu ini mengesahkan kesemua kenderaan baharu di pasaran utama (termasuk di China, Amerika Syarikat dan Jepun) akan hadir dengan trenkuasa elektrik seawal tahun 2030-an.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha pengeluar tersebut untuk mencapai sasaran sifar karbon menjelang tahun 2050.

Trenkuasa elektrik tersebut tidaklah bermakna ia sebuah kenderaan elektrik berkuasa bateri seperti Nissan LEAF dan Nissan Ariya, memandangkan Nissan juga mempunyai trenkuasa e-Power yang menampilkan unit enjin petrol sebagai penambah jarak.

Menurut CEO Nissan Makoto Uchida, "Kami mahu mencipta sebuah masyarakat bebas karbon, selain memacu usaha global untuk mengurangkan perubahan iklim.

Sementara itu, kerajaan Jepun berazam untuk menghentikan penjualan kenderaan baharu berkuasa petrol dan diesel menjelang pertengahan 2030-an dan menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik termasuklah kenderaan hibrid dan sel bahan api.


Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…