Setuju warga asing dikenakan caj tambang untuk naiki bas GoKL?

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Masalah warga asing menguasai perkhidmatan awam bukan perkara baharu. Sejak dahulu, terdengar rungutan rakyat tempatan yang tidak selesa dengan kebanjiran warga asing.


Bahkan, bas pengangkutan awam percuma, GoKL turut dinikmati sama rata antara warganegara dengan warga asing tanpa mereka perlu mengeluarkan sesen wang pun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mahu pihak pengendali bas GoKL iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengenakan tambang RM1 terhadap warga asing yang menaiki bas tersebut.

 

Dengan RM1 itu, dianggarkan sejumlah RM9.2 juta boleh dikutip setiap bulan daripada 45.2 peratus warga asing.

 

Seorang pengguna GoKL, Mohd. Yunus Hashim, 38, bersetuju jika pengendali bas itu mengenakan tambang kepada warga asing.

 

“Saya rasa wajar pengguna warga asing dikenakan bayaran tambang antara RM1 sehingga RM2.

 

“Lagi pun perkhidmatan bas GoKL ini disediakan untuk me­ngurangkan beban rakyat Malaysia yang tinggal di bandar besar.

 

“Jika caj minimum dikenakan kepada mereka, sekurang-kurangnya ia boleh tampung kos penyelenggaraan bas,” katanya.

 

Timbalan Presiden Gabu­ngan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi bersetuju dengan cadangan yang diusulkan bagi memberi keadilan kepada rakyat tempatan.

 

Katanya, perkhidmatan secara percuma yang dilaksanakan itu telah mendapat subsidi daripada kerajaan hasil kutipan cukai daripada rakyat Malaysia sendiri.

 

“Seperti semua sedia maklum, perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma ini selalunya mendapat subsidi.

 

“Kerajaan terpaksa menge­luarkan peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan itu untuk kegunaan rakyat tempatan.

 

“Namun apa yang berlaku, perkhidmatan seperti bas GoKL yang disediakan turut dikongsi bersama warga asing,” ujarnya.

 

gobus

 

Dia berpendapat, hasrat kerajaan untuk menyediakan per­khidmatan bas percuma untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat Malaysia tidak mencapai sasaran seperti diharapkan.

 

“Justeru, bagi memberi nilai ‘eksklusif’ kepada pengguna rakyat tempatan yang membayar cukai kepada kerajaan, saya rasa pengendali bas percuma GoKL wajar mengenakan tambang kepada warga asing pada kadar munasabah.

 

“Pengendali juga perlu melaksanakan kempen menggalakkan pengguna rakyat tempatan untuk menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan supaya tidak dimonopoli sepenuhnya oleh warga asing.

 

“Caj yang dikenakan itu sekurang-kurangnya dapat memberi semula pendapatan kepada pihak pengendali untuk menaik taraf perkhidmatan atau menampung kos penyelenggaraan bas,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Mohd. Yusof berkata, cadangan mengenakan tambang seba­nyak RM1 kepada warga asing juga dilihat sa­ngat berbaloi memandangkan perkhid­matan bas GoKL meliputi jajaran kawasan yang luas di sekitar Lembah Klang.

 

“Jika pengendali bersetuju untuk melaksanakan cadangan itu nanti, penumpang dalam kala­ngan warga asing pula tidak boleh menganggap pelaksanaan tersebut seolah-olah menafikan hak mereka sebagai pengguna.

 

“Mereka perlu sedia maklum bahawa sebahagian rakyat Malaysia membayar cukai untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat tempatan sendiri,” ujarnya.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Informasi
  "Yuran ini tidak dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan,"…
Berita Domestik
Kemudian, pergi ke lokasi dan mulakan sesi caj anda secara menggunakan aplikasi Setel. Anda boleh…