Sham hasilkan Bodykit Raptor untuk Ranger

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford bakal melancarkan Ranger Raptor bulan hadapan dan ia adalah pikap yang paling agresif untuk negara.

Bukan setakat ia nampak agresif, prestasi enjin dan pengendalian dipertingkatkan agar ia bersifat seganas bentuknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, harga Ford Ranger Raptor dijangka akan melewati paras RM200,000 kerana kecanggihannya.

Untuk mereka yang hanya mahukan sesuatu yang seganas Raptor, nampaknya Sham Bodykit dari Selayang telah menghasilkan kit badan Raptor yang anda boleh beli dari beliau.

Harganya mengikut apa yang anda mahukan, tetapi untuk memasang bodykit selebar ini, pastinya anda perlu menaik-taraf tayar dan roda Ranger anda kerana jika tidak, ia umpama seorang ahli gusti Sumo dengan kaki seorang ballerina.

Apapun, hubungi Sham di 017-245 4715 untuk info lebih lanjut. Kata pada beliau, anda dapat nombor telefon dari Careta dan minta diskaun!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…