Shell bakal guna tag RFID TnG untuk pengisian bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Shell nampaknya bakal menjadi antara yang terawal menawarkan penggunaan tag RFID untuk pengisian bahan api apabila syarikat tersebut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Touch 'n Go.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi mempromosikan penggunaan tag RFID, Touch 'n Go turut mengumumkan promosi pemasangan tag tersebut di beberapa stesen minyak Shell yang terpilih bermula 15 Februari sehingga 31 Mac 2020 dengan pengisian bahan api minimum RM50 menggunakan eWallet TnG.

Antara stesen minyak yang tersenarai termasuklah:

1. Shell Wangsa Maju 2
2. Shell Taman Connaught
3. Shell STN Minyak Kota Warisan 1
4. Shell PLUS Highway Jalan Duta Klang Bound (Entrance of NKVE Jalan Duta)
5. Shell Desa Aman Puri
6. Shell Jalan Kuchai Lama 2
7. Shell Kota Damansara Seksyen 6
8. Shell Sri Hartamas
9. Shell Jalan Kepong 2 (Lot 4086 Jln Kepong Mukim Batu, Kuala Lumpur, 52100)
10. Shell Jalan Cheras KM 5.5 (PT 7430 HSD 111856, Kuala Lumpur, 56100)
 


Selain daripada itu, para pengguna eWallet TnG turut berpeluang untuk mendapatkan cashback RM5 + RM2 apabila mereka membelanjakan minimum RM20 di stesen Shell bermula 17 Februari sehingga 14 Mac 2020.

Sehingga kini, terdapat 950 buah stesen minyak Shell menawarkan perkhidmatan pembayaran menerusi eWallet Touch 'n Go di seluruh negara. 

Untuk pengetahuan, tag RFID TnG kini boleh dibeli dan dipasang di kesemua pusat pemasangan pada harga RM35 bermula 15 Februari ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…