Shell derma 1 sen untuk setiap liter bahan api sempena Aidilfitri 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shell Malaysia baharu sahaja melancarkan 'Raya CSR Campaign' untuk tahun kelima berturut-turut dengan membawakan kempen 'Anda Beli, Kami Derma' bersempena Aidilfitri 2019.

Bermula dari 30 Mei sehingga 8 Jun, bagi setiap pembelian satu liter bahan api Shell akan mendermakan 1 sen (RM0.01) kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Food Aid Foundation dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. 

Selain daripada itu, Shell juga akan menyumbang 1 sen untuk setiap pembelian bernilai RM1.00 di kedai Shell SELECT, tidak termasuk produk E-Pay, Touch n Go dan pembayaran utiliti. 

"Dengan kempen 'Anda Beli, Kami Derma' ini, kami mahu menjadikan pengalaman balik kampung anda lebih bermakna," ujar Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd. 
 


"Untuk tahun kelima, kami memilih sasaran yang lebih dekat dengan jiwa rakyat Malaysia, selari dengan usaha kami untuk menjadikan perjalanan hidup lebih baik untuk komuniti," tambah beliau. 

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memuji kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Shell. 

Memasuki kerjasama untuk tahun yang kedua, Mastercard turut sama memberikan sumbangan tambahan kepada kempen ini. 

Untuk setiap liter bahan api Shell yang dibayar menggunakan kad kredit atau debit Mastercard, tambahan 1 sen akan disumbangkan kepada Food Aid Foundation. 

 


Shell juga turut memberikan kebebasan kepada para pengguna untuk memilih organisasi untuk sumbangan di dalam kempen 'Anda Beli, Kami Derma' ini. 

Untuk memilih, pengguna hanya perlu menghantar resit original atau salinan resit kepada stesen Shell dan nyatakan pilihan mereka di dalam resit tersebut. 

Rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen Anda Beli, Kami Derma ini bermula Khamis, 30 Mei 2019 sehingga Sabtu, 8 Jun 2019 dengan hanya semudah mengisi bahan api di mana-mana stesen minyak Shell yang berhampiran, atau membeli barangan di Shell SELECT. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my/CSR

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Boost, sebuah aplikasi e-dompet yang terkenal di alam maya kini maju setapak ke hadapan apabila…
Berita Domestik
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dengan rasminya melancarkan tangki penyimpanan bahan api termaju…