Shell lancar koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad - tujuh model, bermula dari RM30

oleh Mohamad Hanif|
Shell lancar koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad menampilkan 7 model perlumbaan:

Ferrari SF90
BMW M4 Motorsport
Nissan Formula E Gen 2
Hyundai i20 Coupe WRC
Shell V-Power Racing Team Ford Mustang GT
Team Penske IndyCar
Team Penske Ford Mustang GT
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Promosi ini bermula dari 8 Oktober hingga 8 Disember.
 

shell


Di bawah ialah cara-cara pembeliannya:

Anda boleh membeli satu kotak kosong istimewa untuk memuatkan ketujuh-tujuh model itu dengan harga RM80 bila anda mengisi petrol V-Power Racing berjumlah RM80 dalam satu resit.

Anda juga boleh membeli salah satu model perlumbaan itu (kecuali model Ferrari SF90) dengan harga RM30 bila anda mengisi mana-mana bahanapi Shell sebanyak RM50 minimum. Setiap minggu hanya satu jenis model ditawarkan untuk jualan.
 

Shell


Unit peranti bateri dan kawalan jauh Bluetooth pula boleh dibeli dengan harga RM30 bila anda membeli mana-mana bahanapi Shell bernilai RM50.

Model eksklusif Ferrari SF90 Formula Satu pula hanya boleh didapati secara percuma bila anda membeli satu pek minyak pelincir Shell Helix Lubricant 4L terpilih di stesen minyak Shell. Ia termasuk satu peranti Bluetooth percuma.
 

Shell


Untuk mereka yang mahu menyaksikan ketujuh-tujuh model ini dan juga replika Hyundai i20 WRC, anda boleh melawat satu acara di KL Sentral dari 17-23 Oktober atau di Mid Valley dari 26-30 Oktober.

Anda boleh tonton video Careta mengenai promosi ini dan juga bagaimana peranti Bluetooth dan aplikasi khususnya berfungsi.