Shell Malaysia berjaya rangkul The Prince Michael International Road Safety Award 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Program keselamatan jalan raya untuk pelajar pengajian tinggi, #ShellSelamatSampai Varsity Challenge baru-baru ini dinobatkan sebagai penerima anugerah The Prince Michael International Road Safety Award.
Modenas

The Prince Michael International Road Safety Awards merupakan satu inisiatif yang mengiktiraf pencapaian dan inovasi luar biasa di UK serta di seluruh dunia semenjak tahun 1987.

Shell Malaysia memulakan advokasi keselamatan jalan raya pada tahun 1957, dan memperbaharui programnya #ShellSelamatSampai pada tahun 2016 sebelum memperkenalkan Varsity Challenge pada tahun berikutnya.

Sebagai sebahagian daripada keperluan program, penuntut perlulah menjalankan kajian awal berkenaan isu keselamatan jalan raya di dalam negara, sebelum mengusulkan solusi inovatif bagi menangani isu keselamatan jalan raya.

Menurut Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, "kami berasa terhormat dan rendah diri untuk menerima anugerah berprestij yang mengiktiraf usaha yang telah dijalankan bagi mendukung kesedaran terhadap keselamatan jalan raya menerusi kerjasama strategik dengan institut pendidikan dan entiti kerajaan yang berkaitan.

 


Shell Varsity Challenge menyediakan satu platform untuk golongan muda menceburkan diri secara aktif dalam menangani isu keselamatan jalan raya, bertujuan untuk mencipta inovasi keselamatan sekaligus menyumbang ke arah mencapai sifar kemalangan.

Dalam masa tiga tahun, Shell Varsity Challenge telah menerima penyertaan daripada 25 universiti tempatan, dengan 60 buah inovasi yang mampu memberikan impak positif telah direkodkan.

Salah saatu prototaip yang dihasilkan adalah "Change Lane Alert Asisst" yang mampu memberikan amaran kepada pengguna jalan raya lain berhubung potensi pelanggaran secara berhadapan (head-on collisions).

Prototaip ini telah pun dibina, diuji dan dipasang pada salah sebuah bas dan terbukti memberikan 30 peratus penambahbaikan terhadap tahap penglihatan hadapan pemandu, selain mencatatkan pengurangan 10 peratus terhadap kemalangan jalan raya di dalam kampus.

Shell Malaysia kini sedang berkolaborasi dengan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) dan pihak berkuasa tempahan untuk membantu meningkatkan tahap keberkesanan projek prototaip yang dibangunkan oleh para pelajar, di mana ia mampu berpotensi menjadi satu alat berkesan untuk menangani isu keselamatan jalan raya di dalam negara.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
deli by Shell ini menawarkan pelbagai pilihan makanan signatur deli2go bagi memudahkan perjalanan…
Berita Domestik
Direka dengan teknologi DYNAFLEX, Shell Fuelsave 95 mampu menawarkan jarak tambahan dengan…
Informasi
  Katanya, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Shell secara global, Shell Malaysia akan…