Shell Malaysia jalin kerjasama dengan Lim Tayar

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia telah menjalin kerjasama dengan penyedia servis kereta terkemuka Lim Tayar untuk menawarkan penyelesaian servis kereta terbaik untuk rakyat Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis Shell Helix, dimana ia diuruskan oleh pasukan professional bertauliah yang telah menjalani Latihan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
 

shell


Pusat Servis Shell Helix kini menyediakan perkhidmatan servis berkualiti dengan penggunaan alat ganti asli dan minyak enjin Shell, selain menawarkan pemeriksaan 17-titik percuma yang meliputi elemen seperti minyak brek, palam pencucuh, bateri, tayar, minyak transmisi dan lain-lain.

Dengan kerjasama strategik ini, Shell dan Lim Tayar kini mempunyai lima Pusat Servis Shell Helix di sekitar Lembah Klang, iaitu SH Bangi 1, Shell Jalan 222 Petaling Jaya, Shell Jalan Cheras BT 12 1/2, Shell Jalan Cheras Batu 4 dan Shell Bandar Sri Damansara 3.
 

shell


Lima lagi pusat servis bakal dibuka menjelang penghujung tahun ini di Jalan Gasing PJ, SH Persiaran Sultan Ibrahim, Shell Shah Alam Seksyen 16, Shell Jalan Ampang KL Bound dan Shell Salak South.

Bersempena dengan pelancaran ini, Shell dan Lim Tayar menawarkan promosi "Beli 1, Percuma 1" kepada lima pelanggan terawal untuk pembelian tayar terpilih setiap hari untuk tempoh tujuh hari pertama.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan INI