Sebagai salah satu program ganjaran dan loyalty terunggul di Malaysia dengan lebih 14.9 juta ahli, ianya kini menampilkan struktur tiga peringkat iaitu Silver, Gold, dan Platinum.
Peningkatan yang menarik ini membolehkan ahli menggandakan ganjaran mereka sehingga lima kali ganda, menjadikan faedah premium lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.
Program baharu itu membolehkan ahli membuka kunci ganjaran yang dipertingkatkan berdasarkan tahap peringkat mereka, di mana Silver memperoleh 1.5X mata, Gold menerima 3X mata dan ahli Platinum boleh menggandakan ganjaran mereka sehingga 5X mata seliter apabila mengisi minyak di Shell serta pembelian dalam kedai.
Selain itu, tempoh penyegaran ganjaran juga telah dilanjutkan kepada dua bulan, memberikan ahli lebih masa untuk mengumpul mata dan memaksimumkan faedah.
Untuk meningkatkan lagi pengalaman, ahli digalakkan untuk beralih kepada Shell App untuk pembayaran dan membuka kunci ganjaran eksklusif yang lebih banyak berbanding kad fizikal.
Muat turun Shell App sekarang dan lawati stesen Shell terdekat anda untuk memperoleh pelbagai ganjaran menarik melalui pembelian bahan api dan barangan runcit.