Shell Malaysia tawar juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan

oleh Mohamad Hanif|
Bermula dari 4 Mei sehingga 23 Mei 2020, Shell Malaysia membuka peluang kepada perusahaan kecil sederhana (SME) untuk menjual juadah berbuka serta masakan tempatan seperti Nasi Campur, Nasi Beriani, Asam Laksa, kuih, murtabak dan pelbagai jenis makanan.

Inisiatif #RamadanWithShell ini bertujuan untuk menyokong perusahaan lokal dan pengusaha makanan kecil-kecilan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan pada ketika ini.

Selain daripada juadah berbuka, para pelanggan juga boleh mendapatkan pek kombo bersama Shell SELECT dan deli2go pada harga bermula dari RM6.

 

 


Ternyata, inisiatif ini berjaya mendapat perhatian daripada Siti Zubaidah, peruncit stesen minyak Shell di Pontian, Johor apabila beliau menjemput pengusaha kuih tempatan, Azizah untuk menjual kuih di stesen minyak beliau.

Menurut Azizah, beliau amat berterima kasih kepada Puan Zubaidah dan Shell kerana menjemputnya untuk menjual pelbagai jenis juadah kuih sepanjang bulan Ramadan ini.

"Melihatkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, sangat sukar bagi perniagaan kecil seperti kami untuk terus bertahan, dan inisiatif daripada Shell Malaysia ini amatlah saya alu-alukan," ujar Azizah yang merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak.

 


Seorang lagi pengusaha, Mazlan dan anaknya Mohd Alif Mazlan berkata, "pada mulanya, kami amat bimbang melihatkan sambutan Ramadan tahun ini memandangkan tiap tahun kami memperoleh rezeki daripada penjualan air tebu di bazar Ramadan.

"Terima kasih kepada Shell, kami kini mampu menjual kira-kira 30-40 botol air tebu di Stesen Shell Inderapura, Kuantan, Pahang.

Selain daripada juadah tempatan, 100 buah stesen minyak Shell juga turut bekerjasama dengan aplikasi penghantaran makanan foodpanda untuk mengedarkan juadah kombo Ramadan kepada para pelanggan.

 


Menggunakan kod promo "SHELLRAMADAN", para pelanggan Shell SELECT yang menempah makanan menggunakan foodpanda akan menikmati diskaun 30 peratus untuk barangan Shell SELECT di Pandamart dengan pembelian minimum RM15* (bergantung kepada terma dan syarat).

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Malaysia Timur Sdn Bhd berkata, "di Shell, para pelanggan adalah keutamaan kami, dan ditengah keadaan yang disebabkan oleh COVID-19, kami harus melakukan sesuatu untuk menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia.

"Jadi, dengan inisiatif terbaharu ini membolehkan kami membantu rakyat Malaysia meneruskan perniagaan, dan dalam masa yang sama menawarkan juadah berbuka puasa seperti biasa kepada para pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan di Shell atau melalui penghantaran makanan foodpanda.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kempen "Ganjaran Ekstra", para pelanggan berpeluang untuk mendapatkan cashback dan rebat…
Berita Domestik
Menerusi kempen #HeroKami yang telah dijalankan, Shell Rimula telah berjaya mengedarkan kira-kira…
Berita Domestik
Promosi itu menawarkan penggunaan Nissan Almera daripada barisan fleet GoCar dan boleh diakses dari…