Shell Select tawar produk SME menerusi program "Realisasi Impianmu Bersama Sell"

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia mengumumkan pengembangan penawaran produk di kedai Shell Select termasuk produk terpilih daripada 29 peserta program "Realisasi Impianmu Bersama Shell"
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini membolehkan stesen minyak Shell menjadi satu pusat sehenti yang bukan sahaja menawarkan kemudahan pengisian bahan api, malah mampu membantu menaikkan perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Menurut Pengurus Besar bahagian Mobiliti, Malaysia dan Singapura, Seow Lee Ming menjelaskan, "pihak kami kini mempunyai lebih daripada 29 rakan niaga tempatan yang membekalkan produk mereka menerusi Shell Select, termasuklah Label Persendirian Shell yang baharu sahaja dilantik.
 

Shell


Para pelanggan Shell kini boleh mendapatkan seleksi pilihan makanan yang meluas, seperti snek, konfeksi, minuman, serta makanan siap dimakan oleh SME tempatan seperti burger ayam Joe Flizzoe x deli2go, murtabak ayam, murtabak kambing, serta jus nenas tempatan.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan keperluan asas seperti tepung, gula, minyak masak, biskut, sos, sardin, mi, santan dan pelbagai jenis barangan lagi.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, para pelanggan boleh menikmati promosi khas di stesen minyak Shell terpilih bermula 16 Ogos hingga 30 September 2021.

Sepanjang bulan Oktober, Shell Malaysia akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam usaha untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi SME di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…