ShopeePay kini boleh digunakan di stesen minyak Caltex!

oleh Mohamad Hanif|
Chevron Malaysia Limited yang memegang pemasaran jenama Caltex di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Shopee bagi membolehkan pengguna menikmati pembayaran tanpa sentuhan menerusi e-dompet ShopeePay.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan e-dompet ini boleh digunakan di kesemua 420 buah stesen minyak Caltex di seluruh negara untuk pembelian bahan api atau barangan di Caltex Mart yang mengambil bahagian.

Ini sekaligus menjadikan Caltex sebagai stesen minyak pertama di Malaysia yang menawarkan cara pembayaran alternatif yang lebih selamat serta memudahkan urusan para pelanggan.

Serentak dengan itu, para pelanggan Caltex juga akan diberikan pulangan wang tunai sebanyak RM4 (cashback) untuk setiap pembelian sekurang-kurangnya RM40 dengan menggunakan ShopeePay bermula 9 November sehingga 31 Disember 2020.

Setiap pelanggan Caltex yang menggunakan ShopeePay hanya berhak untuk menerima sehingga tiga kali pulangan tunai sepanjang tempoh kempen berjalan, atau sehingga ketiga-tiga ditebus sepenuhnya, yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat sehingga empat Batmobile yang boleh dikumpulkan, di mana setiap satu dijual berasingan…
Informasi
  Promosi terkini dari Shell dan Shopee adalah pulangan tunai sebanyak RM4.00 yang telah bermula…
Berita Domestik
Kempen yang dimulakan pada 1 Mac 2021 itu dijalankan bersempena dengan pelaksanaan Perintah Kawalan…