Shunji Tanaka, pereka asal MX-5 meninggal dunia pada usia 75 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Pereka asal model roadster Mazda MX-5, Shunji Tanaka dilaporkan meninggal dunia awal bulan ini pada usia 75 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berita tersebut diumumkan sendiri oleh rakannya di laman Facebook, dengan memetik kata-kata terakhir mendiang, "saya tidak mempunyai sebarang penyesalan dalam hidup saya."

Ketika proses pembangunan Miata, Mazda mengadakan pertandingan antara studio rekaan di peringkat global, di mana rekaan pasukan dari California berjaya dipilih sebagai pemenang.

Namun, pada ketika itu, Mazda menugaskan Tanaka untuk menterjemahkan rekaan konsep tersebut menjadi generasi pertama MX-5 NA.

Selepas menoktahkan rekaan Miata, Tanaka kemudian menghasilkan rekaan model Mazda 929 sebelum keluar bekerja di bawah Kawasaki.

Siapa sangka, Mazda Miata MX-5 kini menjadi salah sebuah daripada model ikonik Mazda yang menawarkan sebuah pakej yang ringkas dan seronok untuk dipandu.

Sumber: Motor1