Siapa ada paling banyak kereta - Malaysia tempat ke-4 di Asia, paling tinggi di Asean!

oleh Firdaus Razani|
Penggunaan kereta buat zaman sekarang sememangnya sebuah keperluan bagi hampir setiap orang kerana ia memudahkan akses untuk kemana-mana sahaja destinasi yang kita mahukan.

Tambahan pula, banyak jenama kereta yang wujud di serata dunia dan menawarkan beberapa variasi pilihan dari saiz kereta kecil hingga besar atau dari harga yang murah hingga yang paling mahal.

Tapi tahukah anda, Malaysia telah tersenarai dalam satu carta data bilangan kenderaan berdaftar yang digunakan bagi setiap 1,000 orang di setiap benua.

Malaysia telah berada di kedudukan yang keempat di serantau Asia, menduduki kedudukan tersebut di bawah negara pengeluar automotif terbesar dunia iaitu Jepun.

 

data

 

Dengan kedudukan tersebut, ia menjadikan Malaysia negara ASEAN tertinggi mempunyai kereta paling banyak.

Manakala, negara jiran serantau seperti Thailand, berada di kedudukan ke-10 dan negara Indonesia pula berada di di kedudukan ke-15 dalam carta keseluruhan dalam Asia.

Ia menunjukkan, walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil di Asia, tetapi pasaran automotif negara mampu bersaing dengan negara seperti Jepun.

Mungkin kita boleh jangkakan perkara tersebut kerana di Malaysia, kereta sudah seperti menjadi keperluan yang wajib untuk seiisi keluarga, tidak kira keluarga kecil ataupun besar.

Selain dari perkara itu juga, kereta merupakan satu kemudahan utama yang diperlukan untuk berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu.

Seperti ramai sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang berada di atas garisan khatulistiwa, cuaca juga pasti main peranan kerana kita menerima hujan dan panas agak tidak menentu.

Tambahan pula, Malaysia masih banyak kawasan luar bandar, dimana jika mahu akses ke sesuatu tempat itu, ia memerlukan kereta sebagai kemudahan yang lebih selesa.

 

SUMBER : VisualCapitalist