Siapa yang mahu Skyline R32 standard dengan perbatuan 13,000 km, sila baca!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nissan Skyline memang antara lagenda dunia automotif tetapi hampir kesemuanya menjadi mangsa modifikasi.

Untuk pengumpul, unit yang masih "dara" memang dicari dan kali ini, sebuah telah ditemui dan akan ke Malaysia selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rakan Careta, pengimport kenderaan terpakai dari luar negara bertemu dengan satu unit Nissan Skyline R32 GTR V-Spec II yang memang dalam keadaan standard, termasuk roda aloinya. Yang mungkin berbeza ialah ekzos belakangnya sahaja.

Model R32 dilancarkan dalam tahun 1989 dan unit ini ialah varian terakhirnya, tahun 1994.

 

 

Enjin RB26DETT menghasilkan 316 hhp dan untuk varian V-Spec II, ia menggunakan roda aloi 17-inci BBS, tayar 245/45 R17 yang lebih lebar, angkup brek Brembo yang lebih besar, klac jenis "pull-system" dan differential belakang jenis mekanikal.

Unit coupe E-BNR32 yang ditemui ini dibuat dalam bulan Mac tahun 1994. Jumlah perbatuannya ialah 13,360 km sahaja. 

Ia datang dengan transmisi manual 5-kelajuan AWD dan nombor kerangka ialah BNR32-30**.

Unit ini juga dilengkapi dengan ATTESA ETS atau Advanced Total Traction Engineering System for All-Terrain (ATTESA) dengan Electronic Torque Split (ETS).

 

 

Fungsi ini sebenarnya adalah ialah sistem pacuan 4-roda yang mampu mengagihkan sehingga 50 peratus kuasa enjin ke roda hadapan.

Dengan ETS, ia mampu memberikan tenaga yang lebihh kepada mana-mana roda yang memerlukan tetapi dalam keadaan standard, fokus lebih kepada roda belakang di mana ia memberikan sifat "oversteer" ketika membelok, sesuai dengan ciri-ciri kereta prestasi.

Tidak ada rekod servis tetapi keadaan R32 ini nampaknya cantik dan dijaga dengan baik, luar dan dalam.

Harga untuk jentera prestasi klasik ini tidak dapat diberikan lagi tetapi bila ia sampai di Malaysia, kami akan kongsikan lagi bersama anda.

Tetapi jika anda mahu menempahnya, anda boleh e-mail kami di [email protected]

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…