SIC berpisah dari Sepang Racing Team bermula tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Susulan pengunduran PETRONAS sebagai penaja utama pasukan MotoGP Sepang Racing Team bermula tahun depan, timbul pula teka-teki berhubung nasib yang bakal menimpa pasukan tersebut.

Dalam satu perjumpaan bersama para pengamal media, pihak pengurusan Sepang International Circuit (SIC) mengesahkan mereka akan berpisah daripada pasukan Sepang Racing Team bermula musim MotoGP 2022.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman di mana kerjasama antara kedua-dua entiti tersebut tidak akan diteruskan untuk musim hadapan.

Nasib pasukan Sepang Racing Team kini diserahkan kepada prinsipal pasukan tersebut, Datuk Razlan Razali untuk menentukan hala tuju, masa depan serta penjenamaan pasukan tersebut.
 

SRT


Ini bermakna, dengan pengunduran SIC dan PETRONAS daripada pasukan Sepang Racing Team, pasukan yang dipimpin oleh Datuk Razlan itu akan menjadi sebuah entiti serba baharu.

Tambah beliau lagi, pihak SIC juga tidak merancang untuk mewujudkan pasukan MotoGP baharu selepas ini, di mana mereka akan menilai semula program kami dan memfokuskan kepada memupuk bakat muda menerusi MiniGP sehinggalah kepada CEV.

"Untuk menubuhkan sebuah pasukan memerlukan bajet dan tajaan yang besar, dan buat masa ini tiada lagi sebarang perancangan untuk itu," jelas beliau lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki sekali lagi memberikan berita sedih untuk peminat motosikal apabila mereka secara rasminya…
Berita Domestik
Menurut sumber, pihak Kawasaki di bawah kendalian Edaran Modenas (EMOS) bakal mempamerkan model…
Berita Domestik
Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan dalam acara ini yang akan dijalankan pada pada 21 hingga 23…