Trak pikap Silverado dari Chevrolet mungkin tidak se-glamour Ford F-150 tetapi trak pikap Chevy masih antara yang banyak terjual di US.
Model terbaharu Silverado ini bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini dan ia memang menampilkan rekabentukl moden, termasuk lampu-lampu LED yang kecil tetapi agresif.
Bahagian belakang nampak lebih kemas, dengan bentuk lampu yang seksi dan dua ekzos yang muncul di bawah bamper. Oleh kerana mereka menggunakan enjin petrol untuk kebanyakan pikap mereka, ekzos berkrom begini dapat digunakan.
Bahagian sisi lebih ringkas, dengan garisan lembut memberi sedikit highlight kepada setiap ruang roda.
Apapun, ia tidak "segempak" Ford F-150 walaupun kita boleh nampak cubaan untuk meniru sedikit ciri-ciri moden Ford.
