SIME DARBY AUTO CONNEXION LANCAR PROGRAM JAMINAN UNTUK FORD TERPAKAI

oleh Firdaus Razani|
Sebagai sebahagian komitmen untuk menambah baik pengalaman pelanggan, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini mengumumkan pelancaran program “Ford Assured” atau “Jaminan Ford”.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat perakuan.

Program Ford Assured juga merupakan usaha perakuan dan jaminan menyeluruh yang bertujuan memberikan keyakinan kepada pelanggan yang mempertimbangkan pembelian kenderaan Ford terpakai.

 

ford

 

Tumpuan utama program Ford Assured ialah proses pemeriksaan dan perakuan teliti yang memastikan kereta Ford terpakai memenuhi kualiti dan piawaian prestasi yang ketat.

Ia dirangka untuk menambah baik pengalaman pembelian kereta terpakai keseluruhan bagi pelanggan, sekali gus menekankan komitmen Ford kepada kualiti, kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan.

Program ini menggariskan piawaian kenderaan yang ketat, yang menetapkan syarat bahawa kenderaan Ford terpakai seharusnya berusia kurang dari lima tahun atau mempunyai jarak perjalanan kurang daripada 140,000km untuk Ranger dan 80,000km untuk Everest dengan sejarah servis yang lengkap dan komprehensif.

 

ford

 

Selain itu, Pemeriksaan 96-Titik dikendalikan oleh juruteknik bertauliah memastikan setiap aspek kenderaan Ford terpakai, daripada prestasi mekanikal kepada rupa bentuk kenderaan, memenuhi piawaian tertinggi.

Tambahan itu, Piawaian Baik Pulih khusus memastikan proses pembaikan dilaksanakan pada tahap kecemerlangan tertinggi, dengan menggalakkan konsistensi dan kualiti meliputi semua kenderaan terpakai Ford yang diperakui.

Bagi kenderaan dengan waranti daripada pengeluar yang sudah luput, program Ford Assured memberikan jaminan 12 bulan bagi enjin dan kotak gear, tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, syarat-syarat tersebut termasuk pada jarak perjalanan kenderaan di bawah 140,000km untuk Ranger manakala untuk Everest pula 80,000km dan usia tidak melebihi 5 tahun.

 

ford

 

Tambahan itu, jaminan tersebut menetapkan syarat bahawa alat-alat ganti kenderaan mestilah tidak pernah digantikan atau diubahsuai oleh pihak ketiga.

Ia juga mesti diservis, disenggarakan, dan dibaiki oleh wakil-wakil penjualan Ford yang sah mengikut selang masa servis yang disyorkan.

Tawaran eksklusif SDAC itu kini boleh didapati di bilik pameran Ford Ara Damansara, untuk individu yang ingin meninjau kenderaan terpakai bermutu tinggi, dengan tumpuan khusus terhadap model Ranger dan Everest.

Mereka yang berminat boleh melayari https://www.sdacford.com.my/shop/ford-assured untuk butiran lanjut tentang kenderaan terpakai yang diperakui Ford.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Domestik
Bulan Prihatin Global diperkenalkan oleh Ford Volunteer Corps, sebuah kumpulan rangkaian global…