Sime Darby Motors anjur festival jualan maya untuk kenderaan baharu, pra-milik 2-6 Disember

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Motors Malaysia menganjurkan karnival jualan maya pertama mereka yang menampilkan jenama terkenal seperti BMW, MINI, Motorrad, Volvo, Jaguar, Land Rover, Ford, Hyundai serta barisan kenderaan premium pra-milik Sime Darby Auto Selection bermula 2-6 Disember 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Karnival maya itu membawakan pelbagai jenis tawaran menarik, serta barangan percuma eksklusif seperti e-baucer Grab untuk 300 orang pengunjung unik pertama, pakej pemilikan yang menarik, serta nilai tukar milik yang tinggi.

Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menikmati ciri interaktif seperti live chat, pandu uji, tempahan dalam talian, muat turun kolateral, paparan video, dan pelbagai lagi di dalam satu laman web khas (www.simedarbymotorsgrandfinale.com).

Untuk golongan korporat pula, Sime Darby turut menawarkan program Sime Darby Motors Corporate Programme yang memberikan peluang kepada pengarah syarikat, pekerja dan suri rumah untuk menikmati diskaun sehingga 10 peratus daripada nilai pembelian yang disarankan apabila membuat pembelian daripada SDM Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.simedarbymotorsgrandfinale.com atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan Sime Darby Motors hari ini untuk membuat tempahan sementara stok masih ada.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara penambahbaikan yang dibuat termasuklah menyediakan kemudahan tempahan khas dengan studio…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan bahagian Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, "…