Di bawah program EMAEP ini, para pekerja Sime Darby boleh menikmati kemudahan memiliki kenderaan tanpa perlu menghadapi kerumitan yang biasa dihadapi oleh pemilikan kenderaan tradisional.
Bayaran bulanan tetap itu bukan sahaja merangkumi kos kereta, malah turut meliputi kos insurans, cukai jalan, penyelenggaraan serta penggantian barang pakai lusuh, selain melindungi pekerja daripada susut nilai yang teruk di luar kawalan pemiliknya.
Setelah tempoh satu tahun, para pekerja Sime Darby diberikan kebebasan untuk menukar atau naik taraf kepada model yang berbeza setelah memulangkan kereta tersebut kepada Sime Darby Auto Selection.
Sime Darby Auto Selection (simedarbyautoselection.com.my) menawarkan sehingga 300 unit kenderaan terpakai yang berkualiti yang tidak terhad kepada jenama francais yang dinaungi oleh Sime Darby Motors.
Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan temujanji pemeriksaan kenderaan, servis, tempahan pandu uji, serta mendapatkan promosi terbaharu menerusi laman web tersebut.