Simposium POSCAL 2019 beri pendedahan keselamatan jalan raya kepada pekerja pos, kurier dan logistik

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Satu Simposium Keselamatan Jalan Raya bagi Industri Pos, Kurier dan Logistik (POSCAL) 2019 telah diadakan pada 25 Jun lalu bertempat di Hotel Palm Garden Putrajaya. 

Simposium yang telah dihadiri oleh peserta-peserta dari industri pos, kurier dan logistik di Malaysia ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan situasi keselamatan jalan raya terutamanya yang melibatkan industri tersebut serta membentangkan impak program Sampai Dengan Selamat (SDS). 

Simposium ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, YBhg. Datuk Suret Singh, Ketua Pengarah MIROS, YBrs. Dr. Siti Zaharah Binti Ishak, Ketua Jabatan Pos dan e-Fulfilment, Puan Rafidah Binti Haji Ismail, Pengarah Pusat Keselamatan Bas dan Trak, Virginia Tech Transportation Institute (VVTI), USA, Dr. Richard Hanowski dan Presiden ‘Association of Malaysian Express Carriers’, En. Bernad Yeoh.

Program Sampai Dengan Selamat (SDS) ini telah dijalankan bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan MIROS bagi melaksanakan penilaian berhubung kemahiran pemanduan selamat dikalangan pemandu dan penunggang motosikal dalam industri pos, kurier dan logistik. 
 

gambar hiasan

Program SDS ini telah bermula dari tahun 2015 sehingga kini bertujuan untuk menangani masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan pekerja di dalam industri ini. 

Industri pos, kurier dan logistik adalah salah satu sektor yang terus berkembang di dalam dan luar negara. Di Malaysia, laporan yang dikeluarkan oleh SKMM menunjukkan terdapat kira-kira 44 juta bungkusan telah dikendalikan pada tahun 2018. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 24% dari tahun 2017. 

Statistik dari SKMM juga menunjukkan kira-kira 20,000 pekerja terlibat di dalam proses penghantaran ini, yang menggunakan mod pengangkutan terdiri daripada trak, van dan motosikal.

Selain itu, berdasarkan data yang diperolehi dari industri, adalah didapati pekerja di dalam industri ini melakukan perjalanan berjumlah kira-kira 7,800 KM secara purata setiap bulan, 4 hingga 5 kali ganda berbanding jarak perjalanan biasa dan mampu meningkatkan risiko kemalangan. 

 

gambar hiasan

Sehubungan dengan itu, program SDS ini dilihat sebagai suatu usaha yang positif daripada pihak berkuasa dan majikan untuk meningkatkan kemahiran dan keselamatan jalan raya dikalangan pekerja. 

MIROS telah membangunkan rangka kerja bagi melaksanakan penilaian secara menyeluruh yang merangkumi elemen seperti pengetahuan berkenaan operasi kenderaan dengan selamat, persepsi terhadap bahaya dan kemahiran tindak balas, pemanduan/menunggang secara ‘defensive’, dan tatacara pengendalian kenderaan serta mengelak halangan. 

Impak dari program SDS tersebut telah menunjukkan hasil yang positif di mana syarikat-syarikat yang menyertai program bersetuju bahawa program ini sangat berkesan dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya dikalangan pekerja mereka. 

Bersempena dengan simposium ini, MIROS juga telah menandatangani suatu memorandum persefahaman (MOU) bersama Virginia Tech Transportation Institute (VTTI), Amerika Syarikat (AS). 

VTTI adalah sebuah institut pengangkutan di AS yang mempunyai kepakaran khusus dalam penyelidikan keselamatan bas dan trak.

Kapasiti penyelidikan dan intervensi yang bersesuaian dan terbukti berkesan apabila dijalankan di AS boleh diguna pakai dan dijalankan di Malaysia bagi meningkatkan tahap keselamatan operasi logistik terutamanya yang melibatkan kenderaan berat.

Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah MIROS, YBrs. Dr. Siti Zaharah Binti Ishak dan Pengarah Pusat Keselamatan Bas dan Trak, Virginia Tech Transportation Institute (VVTI), USA, Dr. Richard Hanowski sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Kamarudin Bin Jaffar dan Pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…