Mangsa telah menghubungi nombor yang tertera dalam iklan yang menggunakan nama Nor Vincent dan Mr Jordan Liew melalui Whatsapp untuk pertanyaan lanjut mengenai kenderaan itu, dengan harga tawaran RM97,800 serta bayaran dalam tempoh lima tahun sebanyak RM1,630 sebulan.
Suspek kemudian menawarkan harga RM85,000 sekiranya berminat dengan kenderaan berkenaan, dan meminta mangsa mengisi butiran maklumat peribadi.
Pada 21 September, mangsa bersetuju dengan tawaran suspek dan mengisi maklumat peribadi, serta gambar kad pengenalan termasuk gambar lesen memandu isterinya kepada suspek.
“Mangsa turut membuat pemindahan wang sebanyak 24 kali transaksi berjumlah RM106,680 ke dalam empat akaun tempatan yang berlainan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Suspek mengarahkan lagi mangsa untuk membuat lagi pindahan wang sebanyak RM7,800 bagi bayaran proses penghantaran kereta.
Mangsa yang berasa curiga dan menyedari telah diperdaya oleh suspek segera membuat laporan polis pada Selasa, dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
- jadikan pengajaran ya, sekiranya harga 'terlebih murah', sudah pasti ianya tidak benar! -
Artikel sepenuhnya di Kosmo