Singapura dinobat bandaraya termahal dunia kerana kos pemilikan kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut kajian dari Economist Intelligence Unit (EIU), kos pemilikan kenderaan yang terlalu tinggi menjadikan Singapura sebagai bandaraya paling mahal untuk didiami.

Ini ialah tahun kelima berturut-turut Singapura mendapat tempat pertama dalam carta bandaraya paling mahal untuk didiami di dunia.

Menurut laporan APF, kos pemilikan sebuah kereta sedan  marhaen di Singapura boleh mencapai harga setinggi RM297,000. Kos itu jauh lebih tinggi dari bandaraya-bandaraya Eropah yang terkenal dengan kos sara hidup tinggi.

Senarai 10 bandar paling mahal untuk didiami bagi tahun 2018 ialah seperti di bawah:

  1. Singapura
  2. Paris dan Zurich
  3. Hong Kong
  4. Oslo
  5. Seol dan Geneva
  6. Copenhagen
  7. Tel Aviv
  8. Sydney

Tokyo dan New York juga tidak tersenarai di dalam carta tersebut.

 

 

Namun begitu, sebagai sebuah negara pulau yang kecil, kerajaan Singapura perlu mengawal jumlah kenderaan yang berada di atas jalanrayanya. 

Kerana itu, sistem kuota dilakukan dengan membeli Certificate of Entitlement (CoE) yang bernilai hampir SG$40,000 atau RM120,000. Hanya dengan COE mereka layak untuk membeli kenderaan dan harga COE boleh naik atau turun mengikut keperluan.

Contohnya, harga Toyota Vios E sekarang ini di Singapura  ialah SG$84,988 termasuk COE minima, iaitu RM254,000. 

Di Malaysia, Toyota Vios E berharga RM82,000. Dan harga Mercedes-Benz C200 AMG di Malaysia pula ialah RM254,000.

Berita Berkenaan

Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…
Berita Global
Ia adalah salah satu usaha untuk mengurangkan kesesakan di sempadan dengan Malaysia yang turut…
Berita Global
Arkitek, Sze Chong, 64, berkata beliau berbasikal lebih daripada 12 kilometer (km) dari rumahnya di…